Background

Bantuan

Bantuan dengan satu klik sahaja. Layari bahagian Soalan Lazim kami atau hubungi kami terus.
Hubungi Kami

Soalan Lazim

  • MENGENAI KAMI

    Apakah Big Win?

    Big Win ialah permainan pengetahuan am mengujakan yang menawarkan peluang untuk anda memenangi hadiah wang tunai harian dan tahunan. Memang betul. Tiada kredit, kupon atau kod; hanya wang tunai. Gunakan otak anda untuk menumpaskan pemain lain dan menuntut kemuliaan.

    Adakah Big Win betul-betul menawarkan hadiah wang tunai sebenar?

    Ya. Tiada kredit, kupon atau kod; hanya wang tunai.

    Adakah Big Win terbuka kepada pemain di seluruh dunia?

    Pada masa ini, Big Win hanya tersedia untuk pelanggan Celcom di Malaysia.

    Di manakah saya boleh memuat turun Big Win?

    Lawati gedung App Store atau gedung Google Play.

  • KELAYAKAN

    Apakah kriteria kelayakan untuk bermain Big Win?
    1. Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
    2. Anda mesti merupakan pengguna Celcom.
    3. Anda mesti merupakan pelanggan Big Win.
    Bolehkah saya bermain Big Win tanpa melanggan?

    Boleh, tetapi anda tidak layak untuk apa-apa cabutan.
    Big Win ditawarkan dalam kedua-dua Mod Langganan dan Mod Permainan.
    Mod Langganan melayakkan anda untuk semua cabutan.
    Mod permainan membenarkan anda bermain untuk suka-suka tetapi anda tidak layak untuk menyertai cabutan.

    Saya bermain Big Win dalam Mod Permainan tetapi sekarang saya benar-benar mahu melanggan dan menang betul-betul. Bolehkah saya melanggan pada peringkat ini?

    Ya, anda boleh, tetapi kelayakan anda untuk cabutan akan bergantung pada tarikh mula kitar pengebilan anda. Untuk butiran lanjut mengenai kitar dan status langganan anda, sila hubungi khidmat pelanggan.

    Saya boleh menyertai berapa banyak cabutan?

    Anda boleh mengambil bahagian dalam semua cabutan – cabutan harian dan tahunan.

    Adakah hanya satu pemenang bagi setiap cabutan?

    Hadiah wang tunai diberi kepada pemain-pemain teratas dalam setiap cabutan.

  • CIRI-CIRI PERMAINAN

    Bagaimanakah saya bermain Big Win?

    Anda berhadapan dengan seekor naga yang suka bermain permainan minda yang rumit. Cabaran akan dikemukakan kepada anda untuk menjawab soalan-soalan trivia. Fikiran yang cepat dan pintar akan diberi ganjaran emas. Walaupun begitu, anda tidak bersendirian; anda mesti mengakali pemain lain. Setiap jawapan yang betul menghasilkan emas; semakin banyak yang anda kumpul, semakin dekat anda melangkah ke arah Lingkungan Juara untuk memenangi hadiah wang tunai yang menarik.

    Apakah Lingkungan Juara?

    Apabila anda memperoleh sejumlah emas tertentu, anda akan termasuk dalam Lingkungan Juara yang berprestij. Para pemain dalam liga emas ini layak secara automatik untuk menyertai cabutan.

    Bagaimanakah saya mendapat emas tambahan?

    Selesaikan semua usaha pencarian; anda akan mendapat emas tambahan dengan mudah.

    Tingkatkan tahap kesukaran soalan – lakukannya melalui profil anda.

    Bagaimanakah saya tahu bila cabutan akan bermula?

    Pemberitahuan tetap akan memaklumkan tarikh dan masa cabutan kepada anda.

    Berapakah banyak kategori kuiz yang tersedia?

    20 kategori buat masa ini. Dan kami sedang berusaha untuk menambah banyak, banyak lagi!

    Bolehkah saya terus bermain dalam satu kategori atau hanya beberapa kategori yang digemari saya?

    Boleh. Anda boleh memilih kategori kegemaran anda dan terus bermain dengannya.

    Saya akan bermain dengan siapa?

    Anda akan dipadankan dengan pemain lain yang boleh didapati dalam talian.

    Bolehkah saya bermain dengan kawan-kawan dan keluarga?

    Boleh! Hantarkan jemputan kepada mereka dan dapatkan lebih banyak emas apabila mereka memuat turun, melanggan dan bermain!

    Saya boleh memasuki berapa banyak cabutan?

    Big Win menawarkan cabutan harian dan kejohanan tahunan Sebagai pelanggan, anda layak untuk menyertai kesemuanya.

    Sambungan internet saya terputus semasa cabutan. Apakah yang harus saya lakukan?

    Sayang betul tetapi malangnya, tidak ada yang dapat kami lakukan untuk membantu dalam kejadian seperti itu.

    Sila pastikan anda sentiasa mempunyai sambungan internet.

  • HADIAH

    Berapakah banyak wang tunai yang sebenarnya boleh dimenangi saya?

    Hadiah tunai untuk semua cabutan adalah seperti berikut.

    Hadiah Harian

    1 pemenang bertuah akan ketawa besar setiap hari apabila mereka memperoleh RM100.

    Hadiah Tahunan

    Paling bernilai. Paling dikehendaki. Pemenang membawa pulang RM25,000. Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing mendapat RM10,000 dan RM5,500.

    Bagaimanakah hendak menuntut hadiah wang tunai anda?

    Pemenang Cabutan Harian mesti memuat turun aplikasi Dompet Touch n Go daripada Google Play atau App Store, berdaftar, dan memasukkan kod penebusan yang dihantar melalui SMS untuk mengkreditkan dompet mereka.

    Pemenang kejohanan tahunan akan dihubungi oleh Pasukan Big Win untuk membincangkan butiran pengambilan hadiah.

  • LANGGANAN

    Berapakah kos langganan?

    Cuma RM1 sehari

    Apakah yang akan berlaku jika saya membatalkan langganan saya?

    Anda akan kehilangan semua emas yang telah dikumpulkan anda dan tidak layak untuk apa-apa cabutan.

    Bolehkah saya melanggan semula selepas pembatalan?

    Anda perlu menunggu selama 60 hari sebelum anda boleh melanggan semula.

    Bagaimanakah saya membatalkan langganan saya?

    Hantar STOP ke 28000 atau e-mel kami di support@bigwin.promo

    Untuk apa-apa bantuan selanjutnya, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami.

  • KHIDMAT PELANGGAN

    Bagaimanakah saya boleh menghubungi khidmat pelanggan?