Background

Dasar Privasi

Seperti yang digariskan selanjutnya dalam dasar dan prosedur perlindungan data kami, setakat yang kami mengumpulkan maklumat peribadi atau bukan peribadi daripada anda, kami akan menggunakan cara yang munasabah secara komersial untuk memelihara dan melindungi maklumat itu daripada pihak ketiga yang tidak diingini. Walau bagaimanapun, kerana tiadanya kaedah perlindungan, penghantaran, atau penyimpanan yang 100% selamat, kami tidak dapat menjamin bahawa maklumat tersebut tidak akan diakses atau terjejas.

Dasar Privasi ini menerangkan komitmen kami dan hak-hak anda mengenai maklumat peribadi anda. Anda seharusnya membaca Dasar Privasi dengan teliti. Jika anda tidak bersetuju dengan Dasar Privasi ini, jangan gunakan Laman atau Perkhidmatan. Dasar Privasi termasuk dalam dan tertakluk pada Terma Perkhidmatan, dan mengawal Perkhidmatan dan Laman yang sama seperti yang terkandung dalam Terma Perkhidmatan. Apa-apa istilah yang kami gunakan dalam Dasar Privasi tanpa mendefinisikannya mempunyai definisi yang sama yang diberikan kepadanya dalam Terma Perkhidmatan.

Maklumat peribadi

Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi daripada anda dengan pelbagai cara, seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon dan maklumat akaun bank anda. Walau bagaimanapun, anda boleh melawati Laman kami tanpa menyatakan nama anda. Kami akan mengumpulkan maklumat peribadi daripada anda hanya jika anda menyerahkan maklumat tersebut kepada kami secara sukarela. Anda boleh menolak untuk memberikan maklumat peribadi, tetapi ini boleh menghalang anda daripada melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan Laman tertentu. Jika anda memilih untuk membeli Perkhidmatan daripada kami, kami atau pengendali mudah alih rangkaian anda akan mengumpulkan maklumat pembayaran anda. Maklumat akaun dan pengebilan yang dikumpulkan oleh pengendali mudah alih adalah tertakluk pada dasar privasi masing-masing.

Maklumat bukan peribadi

Kami mungkin mengumpulkan maklumat bukan peribadi mengenai anda bila-bila masa anda melawati Laman kami atau menggunakan Perkhidmatan kami. Maklumat bukan peribadi boleh termasuk agen pengguna dan maklumat teknikal mengenai cara sambungan anda ke Laman kami, seperti jenis peranti yang anda gunakan, saiz skrin peranti, jenis pelayar, lokasi geografi (negara sahaja), ID pengiklanan unik, Alamat Protokol Internet (“IP”), peristiwa tetikus (pergerakan, lokasi dan bilangan klik), laman web capaian, sistem pengendalian, maklumat mengenai penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda dan maklumat lain yang serupa.

Kuki pelayar web dan teknologi lain

Laman kami mungkin menggunakan kuki dan teknologi lain untuk meningkatkan pengalaman anda. Kuki ialah sejenis maklumat yang disimpan dalam pemacu keras peranti anda bagi tujuan penyimpanan rekod dan kadang kala untuk mengesan maklumat. Anda boleh memilih untuk mengeset pelayar web anda untuk menolak kuki, atau untuk mengisyaratkan anda apabila kuki sedang dihantar. Jika ini dilakukan, sila ambil perhatian bahawa sesetengah bahagian Laman atau Perkhidmatan mungkin tidak berfungsi dengan betul.

Kami menggunakan Google Analytics, suatu perkhidmatan analisis web Google Inc. (“Google”) yang membantu pemilik laman web dan pengendali mempelajari dan memahami corak penggunaan pelawat yang menggunakan laman web mereka dengan mengumpulkan maklumat mengenai halaman web individu mana yang telah dilawati, berapa lama masanya pengguna di laman web, laman web mana yang telah merujuk pelawat yang paling ramai, lokasi geografi umum pelawat, dan statistik tanpa nama lain yang serupa.

Sebab inilah Google Analytics mungkin mewujudkan beberapa kuki pada peranti anda. Google Analytics tidak mengumpul maklumat peribadi yang dapat dikenal pasti secara lalai. Google Analytics mengumpul alamat IP atau sambungan internet yang digunakan oleh pelawat ke laman web yang padanya Google Analytics telah dipasang. Google Analytics tidak menampakkan atau mendedahkan alamat IP pelawat kepada pemilik laman web yang padanya Google Analytics telah dipasang.

Kami juga menggunakan perkhidmatan pemasaran semula Google AdWords untuk mengiklan di laman web pihak ketiga termasuk Google, kepada pelawat terdahulu Laman atau Perkhidmatan kami. Iklan tersebut boleh terdapat di halaman hasil carian Google atau laman web yang baginya rangkaian paparan Google telah dilaksanakan. Sebab inilah vendor pihak ketiga termasuk Google mungkin mewujudkan beberapa kuki pada peranti anda.

Kami juga menggunakan Hotjar, suatu perisian analisis, dengan memasukkan kod penjejakan pada Laman dan Perkhidmatan kami yang dihantar ke pelayan Hotjar yang berpusat di Ireland (EU). Kod penjejakan ini menghubungi pelayan Hotjar dan memberikan skrip kepada peranti anda yang mengakses Laman atau Perkhidmatan. Skrip akan menangkap data khusus yang berkaitan dengan interaksi anda dengan Laman atau Perkhidmatan tertentu itu. Maklumat ini kemudiannya dihantar kepada pelayan Hotjar untuk pemprosesan. Melalui alat ini, kami menerima heatmap, rakaman pelawat, analisis corong dan borang, yang akan membantu kami untuk memberi pengalaman dan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda serta membantu kami untuk mendiagnosis masalah teknikal dan menganalisis trend pengguna.

Hotjar menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat bukan peribadi termasuk maklumat log internet standard dan butiran pola tingkah laku anda apabila melawati Laman dan Perkhidmatan kami. Perkara ini dilakukan untuk memberi anda pengalaman yang lebih baik, mengenal pasti keutamaan, mendiagnosis masalah teknikal, menganalisis trend dan secara umumnya untuk membantu memperbaik Laman dan Perkhidmatan kami. Hotjar mungkin juga menggunakan kuki untuk merekodkan butiran log masuk pada peranti anda. Hal ini membantu menentukan sama ada peranti tertentu telah melawati Laman atau Perkhidmatan kami sebelum ini supaya butiran log masuk tidak perlu dimasukkan semula setiap kali anda melawati Laman atau Perkhidmatan itu. Hotjar juga menggunakan kuki untuk menentukan sama ada seseorang telah memilih supaya tidak dikesan oleh perkhidmatan Hotjar.

Anda boleh memilih supaya Hotjar tidak mengumpul maklumat anda apabila melawati Laman Web Pelanggan pada bila-bila masa dengan melawati pautan www.hotjar.com/opt-out dan mengklik ‘Disable Hotjar’.

Tambahan pula, kami menggunakan Google DoubleClick untuk mengiklan berdasarkan apa yang relevan kepada pengguna, untuk memperbaik pelaporan prestasi kempen, dan untuk mengelak daripada memaparkan iklan yang sudah pun dilihat oleh pengguna. Sebab inilah Google DoubleClick mewujudkan beberapa kuki pada peranti anda. Sebagai contoh, Google DoubleClick menggunakan kuki untuk menyimpan log mengenai iklan mana dipaparkan kepada pelayar mana. Apabila tiba masanya untuk menyampaikan iklan ke pelayar, Google DoubleClick boleh menggunakan kuki pelayar untuk memeriksa iklan Google DoubleClick mana sudah pun dihantar kepada pelayar tertentu itu. Itulah cara Google DoubleClick mengelak daripada memaparkan iklan yang sudah pun dilihat oleh pengguna. Dengan cara yang sama, kuki membolehkan Google DoubleClick untuk merekodkan dalam log penukaran yang berkaitan dengan permintaan iklan—seperti apabila pengguna melihat iklan Google DoubleClick dan kemudiannya menggunakan pelayar yang sama untuk melawati laman web pengiklan dan membuat pembelian. Kuki Google DoubleClick tidak mengandungi maklumat peribadi.

Anda boleh menghalang storan kuki seperti yang dinyatakan di atas, di bawah kuki pelayar web dengan pengesetan perisian pelayar, yang bagaimanapun membawa kesan bahawa sesetengah ciri Laman atau Perkhidmatan tidak dapat digunakan sepenuhnya. Dengan menggunakan Laman atau Perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan pemprosesan data tentang anda oleh Google dengan cara dan bagi tujuan yang dinyatakan di atas.

Anda juga boleh menghalang pengumpulan data oleh Google Analytics dengan melawati laman pilih keluar Google Analytics dan memasang tambahan Google untuk pelayar anda melalui pautan https://tools.google.com/dlpage/gaoptout atau melawati https://www.google.com/settings/ads untuk mengeset pengesetan anda bagi Google Analytics, Google AdWords dan Google DoubleClick.

Untuk butiran lebih lanjut mengenai aktiviti memasang dan menyahpasang tambahan Google, Google Analytics, Google DoubleClick atau AdWords, sila lawati laman web Google.

Cara kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan

Kami boleh mengumpulkan dan menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan berikut:

  • Menyediakan Perkhidmatan yang anda minta;
  • Mengebil dan membuat pungutan untuk Perkhidmatan yang diberi kepada anda;
  • Menghantar komunikasi pemasaran kepada anda;
  • Menyediakan khidmat pelanggan;
  • Melindungi hak atau harta kami;
  • Menguatkuasakan Terma Perkhidmatan;
  • Mematuhi kehendak undang-undang;
  • Untuk memperbaik Laman dan Perkhidmatan kami;
  • Menjawab pertanyaan, soalan, dan/atau permintaan lain anda; dan
  • Memberikan respons terhadap perintah mahkamah, sepina atau prosiding undang-undang lain.

Kami akan mengekalkan maklumat anda selagi diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kami. Kami akan mengekalkan maklumat peribadi anda seperti yang diperlukan untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami, menyelesaikan pertikaian dan menguatkuasakan perjanjian kami.

Cara kami melindungi maklumat anda

Kami  mengambil berat tentang perlindungan privasi dan data anda, tetapi kami tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan apa-apa maklumat yang anda hantar kepada kami, atau menjamin bahawa maklumat anda tidak dapat diakses, didedahkan, diubah atau dimusnahkan oleh pelanggaran apa-apa pelindung fizikal, teknikal atau pengurusan standard industri kami. Kami menerima guna amalan pengumpulan data, storan dan pemprosesan dan langkah keselamatan yang sesuai untuk melindungi daripada akses, pengubahan, pendedahan atau pemusnahan tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja terhadap maklumat peribadi, maklumat transaksi dan data yang disimpan di Laman kami. Walau bagaimanapun, tiada kaedah penghantaran melalui internet atau kaedah storan elektronik yang 100% selamat. Oleh itu, kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlaknya. Kami akan terus meningkatkan prosedur keselamatan kami apabila terdapatnya teknologi baru.

Maklumat anda, termasuk maklumat peribadi, mungkin dipindahkan ke dan tersedia di AS dan/atau mana-mana negara selain daripada negara kediaman anda kerana kami beroperasi di peringkat antarabangsa. Kami juga mengambil semua langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi anda di negara-negara tersebut.

Perkongsian maklumat peribadi anda

Kami tidak menjual, memperdagangkan, atau menyewakan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga bagi tujuan pemasaran mereka, tetapi kami mungkin berkongsi maklumat demografi beragregat generik yang tidak berkaitan dengan apa-apa maklumat peribadi mengenai pelawat dan pengguna dengan rakan perniagaan kami, anggota gabungan yang dipercayai dan pengiklan bagi tujuan yang digariskan di atas.

Pengiklanan

Iklan yang dipaparkan di Laman atau Perkhidmatan kami mungkin dihantar kepada anda oleh pihak ketiga yang tidak tergabung dengan kami. Pihak ketiga tersebut dan pihak ketiga yang lain boleh mengumpulkan atau menerima maklumat mengenai penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda, termasuk melalui penggunaan kuki dan teknologi lain, dan maklumat ini boleh dikumpulkan lama-kelamaan dan digabungkan dengan maklumat yang dikumpulkan pada laman web dan perkhidmatan dalam talian yang berbeza.

Sila ingatlah bahawa apabila anda menggunakan pautan dari Perkhidmatan atau Laman ke laman web atau perkhidmatan lain, Dasar Privasi kami tidak terpakai untuk laman web atau perkhidmatan pihak ketiga. Semakan lewa dan interaksi anda pada mana-mana laman web atau perkhidmatan pihak ketiga, termasuk yang mempunyai pautan atau iklan pada laman web kami, adalah tertakluk pada peraturan dan dasar pihak ketiga itu sendiri.

Privasi Kanak-Kanak

Perlindungan privasi kanak-kanak kecil adalah sangat penting. Atas sebab itu, kami tidak mengumpulkan atau mendapatkan maklumat peribadi daripada sesiapa di bawah umur 13 tahun dengan sengaja. Sekiranya kami mendapat tahu bahawa kami telah mengumpulkan maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, kami akan menghapuskan maklumat itu secepat mungkin. Jika anda percaya bahawa kami mungkin mempunyai maklumat daripada atau mengenai seorang kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, sila hubungi kami dengan menghantar e-mel ke alamat support@bigwin.promo

Persetujuan anda

Dengan menggunakan Laman atau apa-apa Perkhidmatan kami, anda bersetuju secara nyata dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi dan maklumat bukan peribadi anda menurut Dasar Privasi ini.

Selain itu, anda bersetuju dengan (i) apa-apa pemindahan maklumat peribadi dan maklumat bukan peribadi di luar negara anda ke negara yang tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang sama seperti negara anda dan (ii) penggunaan dan pendedahan maklumat mengenai anda seperti yang dihuraikan dalam Dasar Privasi ini.

Jika kami memutuskan untuk mengubah Dasar Privasi kami, kami akan memaparkan perubahan tersebut di halaman ini supaya anda sentiasa boleh mengakses Dasar Privasi terkini.

Hubungi kami

Jika anda tidak mahu dimaklumkan melalui e-mel atau mesej percuma mengenai Perkhidmatan kami, jika anda ingin menerima data yang disimpan oleh kami mengenai anda, jika anda mahu data anda dibetulkan, digantung atau dihapuskan, jika anda mempunyai soalan tentang Dasar Privasi ini, amalan Laman, atau urusan anda dengan Laman, sila hubungi kami dengan menghantar e-mel ke alamat support@bigwin.promo